Keseluruhannya, Teratak Kampung Ayer merupakan warisan yang mempunyai nilai-nilai tersendiri yang mana ia dibina daripada hasil usaha kesatupaduan komuniti kampong ayer tersebut. Namun Teratak semakin kurang digunakan oleh komuniti kampong ayer. Oleh itu, langkah-langkah dan idea-idea baru diperlukan bagi mengekalkan Teratak ini. Berikut merupakan diantara langkah-langkah yang wajar diambil:
Proses pendidikan:
Teratak ini perlu diberi pendedahan dan di ajar pada generasi muda. Terdapat banyak langkah
Yang boleh dilakukan bagi proses ini iaitu dengan cara dedahan melalui pembelanjaran dan pendidikan di sekolah- sekolah, pengajian tinggi dan sebagainya. Ibu bapa atau golongan Tua komuniti Kampong ayer tersebut perlu mewarisi ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka pada anak-anak pelapis Negara. Kerajaan juga berfungsi dalam proses pendidikan ini melalui seminar-seminar dan media massa seperti didikan melalui majalah, akhbar dan sebagainya. Selain daripada itu, didikan boleh dilakukan melalui pameran melalui media massa seperti jalur lebar, poster, iklan dan sebagainya.
Proses ekonomi:
Menjadikan teratak sebagai salah satu sumber ekonomi negara akan dapat membantu mengekalkan teratak ini daripada pupus. Pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menjadikan teratak ini sebagai sumber ekonomi antaranya menjadikan teratak ini sebagai salah satu perkhidmatan sewa seperti sewa dewan, hotel, kem bagi acara perkawinan. Juga menjadikan teratak ini sebagai sumber kewangan melalui perkhidmatan pelancongan dengan menjadikan penempatan teratak di sesuatu tempat sebagai satu platfom untuk menarik pelancong datang.
Proses Pemodenan
Tidak dinafikan rupa atau reka bentuk teratak mempunyai keaslian dan keunikannya tersendiri tetapi ia masih kurang menarik perhatian masyarakat kerana rekabentuk yang agak ringkas dan kurang versatil. Disebabkan itu teratak kurang menjadi pilihan orang ramai untuk mengadakan acara perkahwinan. Oleh itu dengan memvariasikan seni hiasan dan rekabentuk teratak akan dapat menarik perhatian komuniti Brunei dan Luar Negara.