Teknologi Pembuatan Teratak

                              Bahagian Bahan Binaan Asas Teratak                           

1.Tiang atas dan bawah


Tiang merupakan asas kepada senibina sesebuah kediaman termasuk teratak. kayu biasa digunakan dan ukuran yang selalu dipakai ialah 4x4 (4 inci tebal dan 4 inci lebar) dan panjang samaada 12 atau 14 kaki bagi tiang bawah manakala ukuran panjang bagi tiang atas adalah sekiat 8-10 inci . Ianya boleh dalam keadaan bulat atau empat segi. 

Kayu 8 x 8



2. Penyucuk dan gelagar

Penyucuk dan gelagar memainkan peranan penting dalam pembinaan teratak bagi mengukuhkan tiang dan membolehkan lantai dipasang. Ia menggunakan Kayu biasa berukuran 2x6 (bagi penyucuk) dan 2x4(bagi gelagar). Jumlah kepingan kayu bagi penyucuk hendaklah genap manakala gelagar hendaklah ganjil.
Kayu 2 x 6

kayu 2 x 4


3. LANTAI
Lantai merupakan pelengkap bagi binaan asas teratak bahagian bawah yang mana membolehkan suatu komuniti itu menjalankan acara perkahwinan. Sukatan dan jumlah keping kayu tertakluk kepada kelebaran dan keluasan teratak. 

kayu 1 x 8



4. ATAP
Atap merupakan pembentuk terhadap jenis-jenis teratak samaada jenis Teratak Balah Bumbung dan Teratak Mengampai. Ia digunakan bagi melindungi komuniti yang duduk di teratak itu. kebiasaannya menggunakan kanvas. Ukurannya bergantung pada keluasan dan kelebaran teratak 



5. KASAU
Kasau adalah sangat penting bagi menempatkan, melekat dan menempung atap. Ia diperbuat daripada buluh tapi kadangkala kayu papan berukuran 2x2.



6. TALI
Digunakan bagi mengikat atau menyatukan antara satu kayu ke satu kayu. Kebiasaannya menggunakan tali plastic yang boleh didapankan dipasaran. Ia juga digunakan bagi mengukur.




7. PAKU

Bertujuan untuk mengukuhkan binaan teratak. Ia 
diaplikasikan dengan cara ‘ditingkam’, ‘dilantak’ dan sebagainya. Ukuran paku yang biasa digunakan adalah sekitar 4-5 inci.



8.ALAT BANTU
Antara alat bantu yang digunakan adalah seperti tukul, gergaji, kapak, gunting, pensil dan garisan 



Proses Pembinaan Teratak



Kembali