Masa Depan Teratak

Kedudukan Penggunaan Teratak dikalangan Masyarakat

Tidak dinafikan Teratak masih lagi digunakan dikalangan komuniti Kg Ayer. Sebagai mana munurut informan Tangah Bin Mudin dan ketua kampong Saba menyatakan bahawa Teratak masih lagi digunakan terutama bagi mereka yang mempunyai kewangan yang sederhana dan kurang berkemampuan. Teratak masih digunakan juga terbukti melalui Statistik dibawah.


Bil
Jenis Permohonan
Tahun
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
6
Teratak Sementara
1
3
5
13
14
6
10

STATISTIK PERKEMBANGAN PERMOHONAN PERUMAHAN DI KAWASAN KAMPONG AYER BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2007


 
Bil
Jenis Permohonan
Permohonan Diterima Tahun 2011
Jan
Feb
Mar
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sep
Okt
Nov
Dis
Jumlah
6
Teratak Sementara
0
0
0
0
0
1
0





1
 STATISTIK KESELURUHAN PERMOHONAN-PERMOHONAN PERUMAHAAN DI KAMPONG AYER YANG DITERIMA BAGI TAHUN 2011





Hambatan Teknologi Teratak


Namun, kegunaan teratak dalam acara perkahwinan semakin berkurangan dan ini dapat dibuktikan melalui penjelajahan kami di Kampong Ayer yang mana susah untuk menemui dan melihat teratak tersebut. Ini diakui oleh Kedua-dua informan kami dan mereka menyatakan bahawa sekarang komuniti Kampong Ayer lebih cenderung menggunakan rumah, kem, dewan dan hotel.


 Punca Kurang Penggunaan


Faktor masa
Masa yang agak terhad dan padat dengan kesibukan kerja yang dialami membuatkan komuniti tiada masa untuk berkumpul bersama membuat teratak beramai-ramai. Kesibukan tersebut membuatkan komuniti tersebut rasa letih dan malas untuk membangun teratak yang semestinya memerlukan tenaga yang banyak dan memakan masa yang lama.

Faktor Prinsip
Kejayaan binaan teratak adalah kerana pegangan pada prinsip ‘Reciprocity’ tetapi sekarang hasil daripada pengaruh zaman Moden, kebanyakan mereka berpegang pada prinsip ‘tidak mahu menyusahkan dan membebankan orang.’ Mereka lebih rela menggunakan wang yang ada bagi menyewa tempat seperti dewan, hotel dan sebagainya.

Faktor Teknologi moden
Kewujudan Teknologi Moden yang canggih dan memenuhi keperluan serta kemahuan suatu komuniti seperti kem, dewan, rumah dan hotel merupakan pilihan utama komuniti pada masa sekarang. Ini juga untuk menunjukkan kemewahan dan tidak ketinggalan zaman.


Faktor didikan
Banyak Generasi baru atau muda tidak didedahkan dengan teratak. Tidak dinafikan kebanyakan mereka bukan sahaja tidak tahu cara pembinaan tetapi antara mereka langsung tidak tahu apa dia teratak. Kurangnya pendedahan dan pendidikan mengenai teratak ini mendorong lagi masalah penggunaan teratak yang kurang dan tidak mustahil teratak akan pupus ditelan zaman kerana generasi baru tidak diajar dan didedah mengenainya.


Faktor wang
Jika dahulu Teratak dibangun disebabkan sumber kewangan Brunei kurang stabil. Tetapi sekarang kebanyakan komuniti brunei termasuk Kampung Ayer mempunyai sumber kewangan yang stabil dan berkemampuan. Oleh itu disebabkan faktor prinsip, masa dan teknologi moden, mereka lebih selesa menggunakan wang bagi menyewa sama ada rumah, kem, hotel atau dewan daripada mengeluarkan tenaga membina teratak.