Prosedur Pembinaan Teratak


Prosedur Pembinaan Teratak


Teratak Kampung Ayer merupakan sebuah teknologi sementara yang memerlukan kebenaran untuk dibina daripada kerajaan iaitu Unit Kawalan Perumahan Kawasan Kampong Ayer, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Setiap penduduk yang ingin membina Teratak perlu mengisi borang kebenaran yang bernilai $2 dalam tempoh seminggu sebelum teratak dibina. Ketua Kampung bertanggungjawab untuk memantau perkara ini. Penduduk Kampong Ayer hendaklah meroboh teratak mereka dengan segera. 

Antara sebab kenapa teratak mesti diroboh:
  • bagi mengurangkan jumlah tiang yang terpacak di Kampong Ayer- untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan perahu-perahu penambang.
  • bagi mengelakkan teratak dijadikan sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti yang kurang menyenangkan seperti judi dan sebagainya.
  • Supaya dapat memberi ruang kepada penduduk Kampong Ayer yang lain untuk membina teratak baru untuk majlis perkahwinan seterusnya.


      Jika enggan merobohkannya teratak dalam tempoh tiga bulan setelah acara selesai, maka hukuman penjara selama enam bulan atau denda sebanyak tiga ribu ringgit akan dikenakan. Jika kesalahan berterusan, denda tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari dalam tempoh yang mana kesalahan sedemikian terus dilakukan akan dikenakan. 

      Berikut merupakan borang-borang permohonan bernilai $2 tersebut: